Friday, May 8, 2009

Gugurnya seorang perwira

Sebagai tracker beliau sangat teliti dalam mencari kesan2 denai musuh. Denai yang samar2 telah berjaya ditemui dan dengan penuh tertib dan kecekapan beliau mengikuti kesan2 itu terus menghala ke pelana bukit. Sementara kawan seperjuanagn yang lain mengekori beliau dibelakang dengan cukup berhati hati dan mata liar memerhatikan sekeliling.

Dengan tiba2 meletus bunyi tembakan 'double tap' dan serentak itu juga Tradil jatuh tersungkur. Patrol terus mengambil formasi lintang dan ketua patrol mengarahkan serangan dibuat terhadap kedudukan musuh. Dengan pantas khemah musuh bejaya ditawan namun semua musuh telah berjaya melarikan diri.

Rawatan segera telah diberi kepada Tradil yang mana mulutnya berlumuran darah kerana peluru musuh betul2 mengenai mulutnya dan lantas ditengkoknya. Ia mampu berkata kata dengan perlahan2 dan menahan sakit yang sangat amat. Dengan susah payah beliau mampu juga melafaskan perkataan sementara menunggu helikopter datang untuk menariknya keluar.

"Tolonglah selamatkan saya! Saya ada wang simpanan dalam bank Simpanan Nasional sebanyak RM3000 dan akan saya beri kapada sesiapa yang boleh membawa saya keluar untuk rawatan!" Helikopter akhirnya sampai juga dan beliau telah ditarik keluar dengan cara 'winching' dan keadaannya semasa itu pun memang sudah nazak.

Tradil menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa dalam perjalanan di atas helikopter menuju hospital Besar Ipoh. Walaupun Dokter ada disediakan sama dalam helikopter itu, namun ajal beliau tidak dapat diubah sesaat pun.

No comments:

Post a Comment